Mengenai Saya

Foto saya
C.I.N.T.A.S.I.K.U.R.A.K.U.R.A Assalamualaikum ... hye puteri's here . Foreverhazwan :)

Selasa, 5 Julai 2011

Cinta Remaja

Percintaan itu memang sungguh indah jikalau kita mengetahui apakah itu maksud cinta. Ramai remaja tidak mengetahui apakah maksud sebenar percintaan itu. Apa yang mereka ketahui adalah jikalau pasangan yang mereka sukakan itu cantik, seksi dan popular maka mereka akan menjadikan seseorang itu sebagai pasangan cinta mereka.
Cuba anda fikirkan, kalaulah perempuan yang mereka pilih itutidak cantik, tidak seksi dan tidak popular adakah lelaki itu akan bertahan lama dengan gadis tersebut. Kini, saya melihat, ramai lelaki memilih seseorang perempuan itu untuk dijadikan pasangan cinta mereka berdasarkan kecantikansahaja.
Rakan-rakanku yang dihormati sekalian. Kecantikan pada diri seseorang itu tidak akan berkekalan lama. Bayi yang baru lahir akan menjadi seorang kanak-kanak yang mampu berjalan tanpa pertolongan ibu bapanya. Lalu kanak-kanak tersebut akan menjadi seorang remaja lalu menjadi seorang warga emas.
Kisah yang bakal saya kongsikan dengan anda semua ini adalah suatu kisah benar yang saya lihat kini. Jadi saya berharap anda semua dapat berikan pendapat yang bernas.
Saya mempunyai seorang sahabat lelaki. Beliau sedang bercinta dengan seorang gadis yang masih belajar di negeri Kedah Darul Aman. Gadis dan lelaki tersebut pada hari ini berumur 23 tahun. Lelaki tersebut juga merupakan seorang pelajar di negeri Johor Darul Takzim. Untuk pengetahuan anda semua, berdasarkan perkongsian cerita beliau dengan saya, inilah cinta pandang pertama oleh beliau terhadap gadis tersebut.
Untuk dipendekkan cerita, kini cinta remaja mereka berada dalam keadaan yang sedang goyang. Setiap kali berlaku pergaduhan, mesti perempuan tersebut meminta hubungan ini diputuskan sahaja. Tetapi lelaki tersebut tidak mahu. Mengapa? Lelaki tersebut tidak mahu hubungan ini diputuskan begitu sahaja jikalau beliau tidak dapatmengadakan seks dengan perempuan tersebut.
Mula-mula, indah sungguh percintaan mereka. Lelaki tersebut mengatakan awaklah jodoh saya. Tetapi bila berlaku sahaja pergaduhan, rupa-rupanya ada udang disebalik batu. Bercinta untuk buat seks? Alahai. Remaja oh remaja.
Lelaki tersebut mempunyai adik perempuan. Cuba anda fikirkan adik perempuan beliau sedang bercinta dengan lelaki lain dan turut menghadapi keadaan yang sama. Adakah anda mampu menghadapi keadaan ini? Apa-apapun, saya berharap lagi sekali anda dapat berikan pandangan yang bernas serta ikhlas dari hati anda sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan